Tentang diriku !

My photo
sarikei, sarawak, Malaysia
Luahan Hati ! ;)

Thursday 25 August 2011

aku kecewa tetapi alhmdulilah ada peningkatan...

BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM....
hari ini aku diberi tahu bahawa markah sejarah yang aku dapat adalah GAGAL.......jujur aku katakan aku berasa sungguh kecewa dan sedih sekali,kerana apa yg telah kau usahakan tidak setimpal dengan apa yg aku telah aku buat selama aku membuat ulangkaji...aku ulangkaji sejarah dari aku balik sekolah sampai lewat MALAM...selepas itu aku bangun lagi pukul 3.oo a.m sbelum bersahur aku mengulangkaji juga,sampai lah di sekolah aku tetap lagi mengulangkaji sejarah sampai tiba masa untuk memulakan ujian...hmmmm aku tahu kita cuma dapat berusaha dan Allah lah yang Maha Mengetahui segalanya...aku tahu ini adalah dugaan yang Allah berikan kepadaku aku redha semuanya itu..Insyallah aku relakan segalanya kerana ianya telah pun berlaku,Alhmdulillah juga ku ucapakn kepada Illahi walaupun markah cuba begitu,ada juga peningkatan dari sebelumnya...insyallah di ujian Percubaan yang kedua aku lakukan dgn bersungguh-sungguh...mudahan2 pada masa itu Allah memberikan kau kputusan yg lebih baik dri sekarang...AMINNNN .....

Wednesday 24 August 2011

berfikir sejenak setelah menyelesaikan ujian tadi...

BISMILLAHIRROHMANNIRROHIMM..
hari ini tak tahu kenape tetiba jer teringat akn sesuatu yang sering jua terngiyang2 di fikiran selama ini..perkara tersebut adalah tentang orang sering kita perkatakan dahulu,yg sering kita kutuk,yg sering kita jadikan bahan umpatan sekarang menjdi kwan kita??????saya rasakan sungguh2 pelik skali..kenape eh????tapi ini hanyalah penilaian yang saya buat lah..ini mungkin disebabkan Allah Yang Maha Mengetahui sagala2 nya yg hamba-NYA lakukan..mungkin ianya terjadi untuk menyedarkan hamba-NYA bhwa berprangsaka buruk terhadap umat sesama islam adalah tidak baik..maka org yg kita kutuk dahulu lah menjadi kwn kita,dan ini bkan bermksd kita perlu tinggal kwn kiat yg lma..bkan itu mksd nya,maksdnya sebenar adalah jangan kita menyimpan perasaan buruk sangka dan jagn hanya menilai org itu dari luaran padahal dalaman kita tidak tahu punn.......astarfirwahalazimmm,kita tidak berhak menghina sesorg itu tmbhan pula ianya sama agama dgn kita...kita adalah manusia,dan manusia adalh insan yg lemah dan sering juga melakukan kesilapan..manuasia juga tidak sempurna..tidak ada manusia yg smpurna,hanya Allah Yang Semprna..yang hanya dapt sya ktakan ialah bertwakal lh,pasrah dan sbr lh meghdpi apa2 cbaran ataupun dugaan yg Allah berikan kpd kita..Insyallah ada hikmah di sebaliknya....aminnnnnn,allahhualam....

Friday 5 August 2011

Imam Dan 20 Sen....

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.
Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.
"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.
"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.
Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.
"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.
"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.
Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."
Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."
Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"
Sahabat-sahabatku sekalian...
Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam.
Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

Tidak Salah Bergaya, Asalkan Kehormatan Terjaga ....

Saat memakai kasut untuk bermain futsal di gelanggang, mata tertancap pada seorang teman. Melihat dia menanggalkan seluar panjangnya, lancar mulut menegur "kenapa kau tak pakai aje seluar panjang tu?"
"Tak biasalah pakai seluar panjang main bola, alergik," jawabnya sambil tertawa. Lihatlah, begitu mudah kita beralasan untuk meremehkan hukum Tuhan. Sama ada faham atau tidak, yang pasti kita tahu itu bukannya undang-undang ciptaan manusia yang banyak cacat cela.
Apabila memperkatakan tentang aurat tidak perlu rasanya memanjangkan bicara tentang erti dan makna bahasanya. Setiap insan yang bergelar Muslim pastinya akan mengerti bila dibahaskan perihal aurat.
Tanyalah pada anak kecil dalam lingkungan 9-10 tahun, mereka pasti mampu menjawab orang lelaki auratnya antara pusat hingga lutut. Manakala yang perempuan wajib tutup seluruh tubuhnya kecuali tangan dan muka.
Dalam firman Allah S.W.T: Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). [al-A'raf:26]
Perintah Allah jelas, pakaian diciptakan sebagai pelindung keaiban fizikal manusia. Namun, realitinya berbeza, ramai dalam kalangan kita hari ini hanya menutup aurat apabila mengerjakan solat. Sedangkan tika bertebaran di muka bumi, tanpa segan silu mempamerkan aurat masing-masing.
Andaian kita
Kata orang, zaman ini zaman teknologi. Bukan zaman berbungkus-bungkus lagi. Hari ini semuanya berfesyen, dedah sana, dedah sini. Orang yang tunduk pandangan, berjalan sopan akan ketinggalan. Islam dipandang tidak up to date dengan zaman. Ada pula menyangka, aurat itu cukup dengan bertudung kepala. Baju ketat, lengan terdedah tidak mengapa. Disebabkan itu, etika berpakaian korporat lebih banyak yang bertutup tapi terbuka. Syarikat-syarikat pula menetapkan kod pemakaian yang menggiurkan kerana jika ikut syariat katanya susah hendak bekerja. Tidak sesuai.

Thursday 4 August 2011

Ini rupanya rasa seorang guru melakukan sesuatu pekerjaan tetapi tidak di hargai oleh anak muridnya....

hari ini aku tolong guru ku mengemas fail pelajar kelas aku.Ya Allah jujur ku katakan aku sungguh letih tetapi aku berasa seronok dapat melakukan pekerjaan tuu..Dalam masa kau melakukan pekerjaan tersebut aku terfikir sekejap rupanya itu yang guru ku rasakn kan semasa melakukan semua itu bersendirian tanpa di hargai oleh seorang pelajar pun..Patutlah beliau sering marah jika kami sekelas tidak mendengar kata2nya..Dia sungguh rajin melakukan kerja tersebut,sampai2 ada satu masa dia terpaksa tidur akhir dan kadang2 terpaksa berjaga sampai lewat malam..Bagaimanakah jika mereka merasakan apa yang dirasakan oleh guruku itu??Adakah mereka akan insaf atau kesian melihat usaha guru ku itu..Aku merasa sungguh kesian dengan guru ku itu,walaupun aku berasa penat tadi tetapi aku dapt rasakan yang dia lebih penat daripada apa yang aku rasakan tadi...Hanya Allah saja tahu betapa penatnya guruku itu....Ya Allah aku mohon kau kautkan lah hati dan iman guruku untuk menghadapi perangai kami semua yang selalu degil ini Ya Allah...hanya Engkau sahaja yang dapat membantu beliau.....AMINNN....